Syukur kami selamat - Yatt Hamzah


KUALA LUMPUR - Pelakon, Yatt Hamzah melahirkan rasa bersyukur selepas terselamat dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, petang semalam tetapi masih merasakan traumanya.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menjayakan program jelajah radio Ikim.fm di Mentakab, Pahang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6,20 petang apabila kereta yang  dipandunya terbabas dan berpusing sebelum merempuh pembahagi jalan selepas tayar hadapan Kia Optima K5 itu pecah.

"Alhamdulillah, kami tidak cedera. Cuma trauma sebab kereta yang dipandu tiba-tiba hilang kawalan. Selepas diperiksa memang tayar di sebelah hadapan pemandu tinggal rim sahaja,” katanya.

Yatt yang baharu mendirikan rumah tangga dengan seorang jurukamera bebas berkata, adik ipar dan pembantunya turut berada dalam kereta tersebut.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Karak. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment