The Malaysian Insider tutup kedai mulai tengah malam ini


KUALA LUMPUR -  The Edge Media Group membuat keputusan menutup portal beritanya, The Malaysian Insider (TMI), mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan media dalam talian, The Edge Markets, pengarang TMI, Jahabar Sadiq berkata penutupan itu dibuat atas sebab komersial.

"The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider mulai tengah malam ini atas sebab komersial. Barangkali, kami mengambil tindakan tepat dengan keluar daripada talian betul-betul mulai pertengahan Mac," katanya.

Menurut sumber daripada portal berita itu, satu perjumpaan antara 59 petugas dan pihak pengurusan TMI akan diadakan di ibu pejabat TMI di Petling Jaya hari ini.

Ketua pegawai eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat dilaporkan berkata, syarikat itu mengalami kerugian RM10 juta sepanjang tempoh 20 bulan sejak ia mengambil alih TMI pada Jun 2014.

Pada 25 Februari, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses kepada The Malaysian Insider.

SKMM berkata, tindakan itu diambil kerana kandungan portal berita itu didapati melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu sumber memberitahu MetroPost, sebuah lagi portal berita propembangkang, MalaysiaKini turut berhadapan dengan masalah kewangan yang meruncing.


Menurut sumber dalaman, syarikat itu menghadapi masalah untuk membayar gaji pekerjanya dan ada kalangan petugas portal berita itu mula mencari peluang pekerjaan.

MalaysiaKini telah menutup cabang portal itu, KiniBiz kerana tidak lagi mampu menampung kos pengurusan dan operasi. - Bernama/MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment