Tun Dr. Mahathir fail saman terhadap Perdana Menteri


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah menfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Selain Dr. Mahathir, dua plaintif lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin. 

Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman, Tetuan Haniff Khatri.

Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir menfailkan saman terhadap Najib.

Ketiga-tiga plaintif merupakan individu menandatangani 'Deklarasi Rakyat' yang menuntut perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada awal Mac. 

Menurut mereka, Najib sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sengaja menghalang, mencampuri serta menindas siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment