Wajah Yuna hiasi dinding di Jordan

Wajah Yuna Zarai yang menghiasi sebuah dinding di Jordan.
KUALA LUMPUR - Lama tidak mendengar khabar penyanyi yang sudah menempah nama di persada antarabangsa, Yuna Zarai. Lebih-lebih lagi sejak dia menetap di Amerika Syarikat sekarang.

Bagaimanapun baru-baru ini wajah penyanyi yang berasal dari Kedah itu telah terpilih untuk dijadikan hiasan di sebuah dinding di Jordan.

Yuna dalam laman Twitternya berkata, lukisan itu merupakan simbol perjuangan kesamarataan gender oleh sebuah pertubuhan bernama Takamol yang berpangkalan di negara itu.

Lukisan itu dihasilkan oleh seorang pelukis dinding terkenal, Jonathan Darby.

Dalam entri pertamanya mengenal lukisan tersebut, Yuna menulis: "Brb guys.. Jordan is calling. Art by Jonathan Darby @aptARTs @TakamolJO promoting gender equality."


Sementara itu, Takamol dalam Twitternya berkata, lukisan Yuna itu dinamakan "Freedom Inside & Outside" terletak di Swiemeh dan mengalu-alukan penyanyi itu untuk melawatnya.

Namun tidak dijelaskan sama ada Yuna menjadi duta kepada pertubuhan yang mendapat pembiayaan Amerika Syarikat itu atau tidak. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment