Zul Ariffin pertahan gambar tak pakai baju

Majalah Men's Health Malaysia keluaran April yang menampilkan pelakon Zul Ariffin sebagai penghias muka depan.

KUALA LUMPUR - Pelakon Zul Ariffin tidak mempedulikan cemuhan orang ramai terhadap gambarnya di muka hadapan sebuah majalah, malah menganggapnya sebagai keperluan.

Gambar pelakon 'sado' tanpa memakai baju yang menghiasi majalah kesihatan berbahasa Inggeris keluaran April itu dicemuh para netizen kerana menganggap terlalu seksi.

"Itu adalah sesi bergambar untuk majalah kesihatan. Jadi apa masalahnya.,,, Takkanlah saya hendak pakai telekung pula," komen beliau ketika ditanya mengenai penampilannya dalam majalah Men's Health Malaysia itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah menjadi penghias muka depan majalah Men's Health Malaysia.
Meskipun Zul berpendapat gambar itu relevan dengan apa yang diperkatakan, ada kalangan khalayak yang tidak sependapat dengannya.

Antara komen daripada netizen termasuklah mengaitkan gambar tersebut dilihat terlalu mendedahkan aurat.

Tidak kurang juga yang membandingkan kes ini dengan seorang penyanyi, Faizal Tahir yang pernah digam sebelum ini kerana membuka baju ketika membuat persembahan.  - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment