Anak Malaysia catat sejarah di Universiti Peshawar

NASHA Rodziadi mencatat sejarah sebagai penuntut Malaysia pertama menyelesaikan ijazah doktor falsafah di Universiti Peshawar, Pakistan.
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar dari Malaysia, Nasha Rodziadi mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penuntut pertama dari negara ini menyelesaikan kursus ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang arkeologi di Universiti Peshawar (UoP), Pakistan.

Nasha mengikuti pengajian peringkat PhD di UoP di bawah program kerjasama UoP dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak beberapa tahun lalu.

Portal berita The Express Tribune melaporkan, Nasha telah membuat penyelidikan secara mendalam mengenai ketamadunan wilayah Gandhara, Pakistan.

NASHA Rodziadi membuat kajian dan penyelidikan mendalam mengenai sejarah dan ketamadunan Gandhara di Pakistan.
Penganugerahan PhD itu disampaikan oleh Naib Canselor UoP, Prof. Dr Muhammad Rasul Jan di universiti itu, di Peshawar pada Isnin.

Pada majlis itu, Muhammad Rasul berkata, UoP sentiasa membuka pintunya kepada penuntut antarabangsa dan mengalu-alukan lebih ramai pelajar dari luar negara itu mengikuti kuliah di sini.

Bagaimanapun katanya, jumlah pelajar asing ke negara itu sedikit berkurangan berikutan kawalan kemasukan atas sebab-sebab keselamatan.

"USM tertarik untuk bekerjasama dengan UoP dalam bidang pengurusan bencana, konflik dan keamanan," katanya seperti dilapor portal berita tersebut.

Selepas memperoleh PhD itu, Nasha akan menyambung tugas beliau sebagai Profesor Madya di USM dalam bidang tersebut. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment