Che Ta dihentam netizen gara-gara pakai seluar koyak

ROZITA Che Wan yang mengenakan seluar koyak di bahagian peha dan lulut sehingga ditegur oleh peminatnya. - Foto IG @rozitachewan1
KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Rozita Che Wan dihentam hebat oleh para netizen gara-gara dia memuat naik gambar dirinya berpakaian seluar koyak di bahagian peha dan lutut di laman Instagramnya semalam.

Beberapa netizen yang memberi komen di laman Instagram itu menganggap seluar yang dikenakan oleh isteri pelakon Zain Saidin itu tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Bagaimanapun pelakon berusia 43 sedikit pun tidak ambil kisah dengan komen-komen yang dilemparkan sebaliknya 'menyerang' balas mereka dengan kata-kata yang lebih pedih.

Katanya, kebanyakan yang memberi komen tidak tahu cerita sebenar tapi masih mahu ‘menasihatinya’ dan tanpa disedari kata-kata tersebut itu tidak mencermin diri mereka sendiri.

“Bertudung tapi mulut macam mana itu depa tak nampak, yang depa nampak dari mata kasar depa dan dari luaran orang,” bidasnya kepada netizen yang memberikan komen negatif terhadapnya.

Pelakon yang lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, dia malas nak memperpanjang isu yang menjadi bualan hangat sejak semalam kerana dia bukan memakai seluar jeans koyak seperti yang didakwa oleh netizen.

TIDAK jelas sama ada Che Ta ada mengenakan inner di sebalik jenis seluar koyak itu .
Namun beberapa netizen berharap Che Ta dapat menerima pandangan tersebut sebagai tanda kasih sayang para peminat kepadanya.

Seorang netizen, Safwanahfakhri di laman Instagram itu berkata, peminat yang menegur Che Ta bukan untuk menunjuk suci tetapi agar menyedarkannya jika ada membuat kesilapan.

"Jagalah penampilan, sesekali terima la teguran betulkan kesilapan. Bersyukur la ada peminat yang menegur dan mengingatkan," katanya.

Seorang lagi netizen, Mamafarizal berkata, peminat yang menegur bukan bajet suci tetapi sekadar menasihatkan sahaja.

"Dunia hanya sementara akhirat kekal abadi," tulisnya.

Sebelum ini Che Ta acap kali ditegur oleh peminatnya kerana berpenampilan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment