Elly Mazlin sedia dedah 'tragedi rumah tangga' di mahkamah

KEHADIRAN pelakon baru Faye Kusairi (tengah) dikatakan menjadi punca perceraian pasangan Elly Mazlin dan Azmi Hatta.
KUALA LUMPUR 7 April - Penyanyi dan pelakon Elly Mazlin bersedia untuk memberikan penjelasan kepada pihak pengadilan seandainya diheret ke mahkamah dalam isu membabitkan dirinya, bekas suami dan juga pelakon baharu, Faye Kusairi.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 36, dia bersedia untuk berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja.

“Saya sebenarnya sudah dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berhubung hal ini.

Namun, sekiranya diheret ke mahkamah, saya akan pergi saja,” katanya seperti dipetik dari Utusan Online.

Elly sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa perceraiannya dengan bekas suami, Azmi Hatta adalah berpunca daripada kehadiran orang ketiga, iaitu Faye Kusairi.

Ekoran pendedahan Elly itu, Faye menafikannya dan menyifatkan dakwaan itu karut semata-mata sekali gus meminta Elly membuat permohonan maaf secara terbuka di media.

Jika gagal, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bungaku Bakawali itu bakal berhadapan dengan tindakan ke muka pengadilan jika dalam tempoh masa dua bulan tidak membuat permohonan maaf itu.

Azmi dan Elly sebelum ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia pada 10 Mac lalu. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment