Henti sebar berita Nuri masih hidup - Ibu


KOTA BHARU - Orang ramai diminta menghentikan penyebaran berita yang mendakwa adik Nuriey Nadhirah Roslan, 7, yang meninggal dunia akibat dipatuk ular semalam, hidup semula.

Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, perkara yang diviralkan sejak malam tadi yang mendakwa Nuriey Nadhirah tersedar dan memegang tangan beliau adalah tidak benar sama sekali.

Bagaimanapun, beliau mengakui anaknya seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang semalam dan yang kemudian diviralkan di media-media sosial.

"Namun bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuriey Nadhirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi, ditangguhkan ke pagi ini," katanya.

Semalam, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa itu, meninggal dunia dipercayai akibat bisa ular ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Baharum Abu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
BERITA konon adik Nuri kembali bernafas yang diviralkan di media sosial.
Beliau berkata, mayat Nuriey Nadhirah kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat berkenaan mendapati punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan kesan patukan haiwan berbisa," katanya seperti dilapor oleh Bernama.

Nuriey Nadhirah dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran pada pukul 11 pagi dan dibawa gurunya ke klinik tersebut. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment