Kami akan kahwin tahun ini - Nora Danish

NORA Danish dan Nedim lebih berhati-hati kali ini sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.
KUALA LUMPUR -  Itulah pengakuan pelakon terkenal, Nora Danish mengenai hubungan cintanya dengan Nedim Nazri.

Bagaimanapun, Nora berkata, buat masa ini mereka belum ada perancangan untuk menamatkan zaman jandanya dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz itu.

"Kena faham ini perkahwinan kali kedua, jadi saya mahu betul-betul bersedia. Saya juga mahu perkahwinan ini berlangsung kerana Allah, dan bukan cinta semata-mata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Nora, kesibukan aktiviti seninya sendiri menjadi halangan utama kenapa cintanya dan Nedim belum dibawa ke jenjang pelamin.

Beberapa hari lalu, Nazri mengakui beliau merestui hubungan cinta anaknya itu dengan pelakon tersebut.

Katanya, beliau tidak mengamalkan double-standard dalam soal jodoh anaknya itu.

"Saya tidak ada 'double standard' terpulanglah kepada mereka, semuanya dah besar-besar. Dua-dua pernah kahwin dan ada anak.

"Tak ada kasta, masing-masing sama saja, " katanya seperti dilapor media semalam. - MD
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment