Makmal syabu digempur: Wang tunai RM1.5 juta dirampas

KHALID ABU BAKAR - Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggempur dua makmal memproses syabu di Klang, Selangor dan Hutan Melintang, Perak dan menahan 10 individu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, menerusi serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisik Narkotik (STING), Bukit Aman, 13 kilogram syabu dan wang tunai RM1.5 juta turut dirampas.

"Syabas STING serbu dua makmal syabu di Klang dan Hutan Melintang, Perak. Tangkap 10 individu dan rampas RM1.5 juta, 13kg syabu dan peralatan," kata Khalid menerusi akaun Twitternya. - MPM


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment