Mayat bayi perempuan dalam semak

KEADAAN mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat yang ditemukan di perkarangan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU - Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di perkarangan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini, kira-kira 12.30 tengah hari ini.

Jurucakap polis berkata, mayat bayi itu ditemukan dua kakitangan klinik tersebut ketika melalui kawasan berkenaan.

"Mayat bayi itu ditemui di kawasan semak di hujung pagar klinik dalam keadaan sempurna, dibalut dengan baju sejuk berwarna gelap.

"Dia dipercayai diletakkan sejak tengah malam berdasarkan keadaannya dan sudah berbau," katanya di sini, hari ini.

Katanya, anggota polis ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat dan usaha menjejaki ibu bapa bayi itu sedang giat dijalankan. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment