Mr. Os kembali ke rahmatullah


KUALA LUMPUR - Pelakon komedi popular, Mr. Os disahkan kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru, kira-kira 2.50 petang ini.

Kematian Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid, 55, disahkan oleh salah seorang anaknya, Mohd Hafizul.

Beliau berkata, ayahnya sakit terusk sejak Isnin lepas dan dirawat di Hospital Selayang namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehingga pagi tadi.

"Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh anggik dan geleng sahaja," katanya seperti dipetik dari mStar Online.

Tambah Mohd Hafizul, sejak beberapa minggu Allahyarham lemah dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan agar anak-anaknya sentiasa ingat pada Allah dan menutup aurat.

"Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradaik terutamanya berkenaan agama," ujarnya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment