Nazri beri lampu hijau kepada Nedim-Nora Danish

HUBUNGAN Nedim dan Nora Danish mendapat restu Nazri Aziz.
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Nazri Aziz telah menghalang anaknya, Nedim untuk menikahi pelakon terkenal, Nora Danish.

Malah Menteri Pelancongan itu berkata, beliau tidak mengamalkan sikap 'double-standard' dalam soal jodoh anak lelakinya itu.

"Saya tidak ada 'double standard' terpulanglah kepada mereka, semuanya dah besar-besar. Dua-dua pernah kahwin dan ada anak.

"Tak ada kasta, masing-masing sama saja, " kata beliau kepada Sinar Online di Parlimen semalam.

Hubungan cinta Nora dan Nedim dikatakan bertaut kembali selepas sebelum ini terputus kerana menyelesaikan masalah masing-masing.

NORA Danish memperagakan pakaian pengantin rekaan Ashraf Zainal Atelier bagi satu babak drama, ketika pengambarannya di New York baru-baru ini
Isu perkahwinan pasangan ini tercetus apabila Nora menggayakan pakaian kahwin di laman sosial Instagram pereka fesyen, Ashraf Zainal Atelier.

Bagaimanapun Nora berkata, dia menggayakan pakaian itu ketika sesi pengambaran sebuah drama arahan Erma Fatima di New York. - MP
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment