Penyanyi dangdut Indonesia maut dipatuk ular ketika show

IRMA Bule ketika membuat persembahan bersama beberapa ekor ular berbisa sebelum dipatuk oleh salah seekor ular yang dibawa, di Jakarta Barat baru-baru ini.
JAKARTA - Seorang penyanyi dangdut Indonesia, Irmawaty atau lebih dikenali sebagai Irma Bule maut dipatuk ular ketika mengadakan persembahan dangdut bersama ular di Kabupa­ten Karawang, Jakarta Barat, pada malam minggu lalu.

Ketika kejadian, penyanyi berusia 26 tahun itu sedang menyanyikan lagu keduanya apabila dia tidak sengaja terpijak ekor ular senduk yang sering dibawanya ketika mengadakan persembahan, menyebabkan ular tersebut mematuk pahanya.

Bagaimanapun, menurut media tempatan, dia yang juga dikenali sebagai Irma ‘Si goyang Ular’ meneruskan persembahannya hingga akhir dan menolak untuk diberi rawatan oleh bomoh ular ketika berada di belakang pentas.

Menurut seorang rakan­nya, Ferlando Octavion Auzora, selepas selesai membuat persembahan, Irma masih boleh berual-bual dengan rakan-rakan dan tidak mahu dirawat.

Bagaimanapun kira-kira sejam selepas itu, dia muntah-muntah dan tubuh­nya kejang.

IRMAWATY atau lebih dikenali Irma Bule

Ferlando berkata, Irma kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kira-kira pukul 11 malam untuk mendapatkan rawatan kecemasan, tetapi dia disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Menurut polis, doktor mengesahkan penyanyi tersebut meninggal dunia kerana dipatuk ular.

“Irma menjadi penyanyi jemputan malam itu. Seperti biasa, dia tampil memukau penonton dengan lagunya sambil berjoget bersama ular. Semasa menyampaikan lagu pertama, tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Tetapi ketika sedang men­yampaikan lagu kedua, dia tidak sengaja terpijak ekor ular, menyebabkan ular itu mematuk pa­hanya,” ujarnya.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment