Rafizi ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi - MetroPost Malaysia
Rafizi ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi

Rafizi ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi

Share This

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini ditahan polis di luar kawasan Parlimen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter miliknya mengesahkan penahanan Rafizi yang akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang ditemui di lobi Parlimen berkata, penahanan Rafizi dibuat kira-kira pukul 6.20 petang dan ada saksi yang melihat kejadian itu.

No comments:

Post a Comment