Ranking Malaysia terburuk dalam sejarah

AKSI persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau Malaysia menentang Macau di Stadium Hang Jebat baru-baru yang menyaksikan kedua pasukan terikat tanpa jaringan.
KUALA LUMPUR - Ranking Malaysia dalam senarai terbaharu FIFA menjunam ke tangga 174 dunia iaitu posisi paling buruk dalam sejarah bola sepak moden negara.

Berdasarkan kedudukan yang diumumkan hari ini, Malaysia berada di belakang Samoa yang menghuni ranking 170 serta setara dengan Timor Lests (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Malaysia bermula di kedudukan 171 tahun ini, melonjak ke kedudukan 166 pada Februari dan Mac tetapi menjunam selepas keputusan buru dalam persaingan dan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Skuad negara kecundang 0-2 di tangan Arab Saudi dalam saingan Kumpulan A sesi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada 24 Mac lalu serta seri tanpa jaringan ketika menentang Macau yang menduduki ranking 190.

Kedudukan terbaik Malaysia dicatatkan pada tahun 1993 iaitu di kedudukan 75 dunia.

Sementara itu Filipina yang akan menjadi tuan rumah Piala AFF Suzuki 2016 melonjak 19 anak tangga ke kedudukan 116 dunia, sekali gus mendahului senarai dalam kalangan negara rantau Asia Tenggara. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment