Seorang maut, dua parah lori rempuh kereta

KEADAAN lori yang terbalik dan remuk selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebuah kereta Toyota Vios di KM 293.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bangi, hari ini. 
BANGI - Seorang maut manakala dua lagi parah selepas sebuah lori tiga tan melanggar pembahagi jalan  dan merempuh sebuah kereta, di KM 293.2 Lebuh Kuala Lumpur-Seremban, dekat Bukit Mahkota di sini awal pagi ini.

Pemandu lori berusia 29 tahun dari Kampung Lembuak, Limbang, Sarawak tersepit di tempat duduk maut di tempat kejadian manakala kelindan lori berusia 21 tahun Seri Kembangan, Selangor cedera parah.

Pemandu kereta jenis Toyota Vios turut cedera tetapi telah dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.

Kejadian berlaku apabila lori berkenaan dipercayai dari arah Nilai menuju ke Bangi terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum merempuh kereta tersebut yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi,  Azmel Kamarudin, pihaknya menerima panggilan pukul 5.01 pagi dan mengerahkan dua jentera ke lokasi bersama sembilan anggota.

Katanya, mayat pemandu telah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala kelindan lori dihantar ke hospital untuk rawatan. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment