Wanita dakwa anak didera di rumah pengasuh

KANAK-KANAK ini dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan selepas terdapat kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan dipercayai didera.
KUALA LUMPUR - Seorang wanita hari ini mendakwa anak lelakinya mengalami kecederaan pada muka dan belakang dipercayai didera di rumah pengasuh.

Memetik laporan wanita tersebut, Kushie Wany di laman Facebook Malaysian Respond, dia berkata anaknya itu masih sihat ketika di bawa ke rumah pengasuh tersebut pada pukul 8 pagi.

"Hantar pukul 8 pagi elok tak ada calar apa-apa. Ambil jam 5.30 petang muka Nabil habis lebam-lebam di bahagian belakang dan tangan.

"Menangis menjerit-jerit saya dalam kereta menelefon suami. Nasib baik bonda belum balik lagi sebab tak sedap hati," katanya.

KANAK-KANAK ini mengalami lebam-lebam di bahagian muka dipercayai didera di rumah pengasuh.
Dia berkata, anaknya telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pakar kanak-kanak hospital tersebut mengesahkan Muhammah Nabil cedera terkena hentakan kuat pada bahagian pipi.

"Sekarang Nabil tak mahu susu sebab mulut bengkak dan ada masalah di bahagian gusi. Dia hanya menangis dan menangis," katanya.

Bagaimanapun wanita tersebut tidak memaklumkan lokasi kejadian dan bila kejadian tersebut berlaku atau sebarang laporan polis yang telah dibuat. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment