Hilti Malaysia buka khidmat pembaikannya di Shah Alam

ADRINE ONG dan Alex Sprenger menurunkan tanda tangan pada plak sebagai tanda pembukaan Pusat Khidmat Peralatan Hilti di Shah Alam, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Syarikat pembekal peralatan pembinaan, Hilti membuka pusat perkhidmatan teknikalnya di Malaysia bagi keperluan pelanggannya di negara ini.

Pengurus Besar Hilti Malaysia, Adrine Ong berkata, pusat perkhidmatannya yang terletak di Shah Alam itu menyediakan kemudahan untuk membaiki dan membaik pulih peralatan Hilti di seluruh negara.

“Kemudahan terbaharu ini merupakan satu lagi langkah bagi mengembangkan perniagaan kami di Malaysia. Dalam memperkukuh rangkaian perkhidmatan kami di sini, kami juga dapat meneruskan usaha menyediakan peralatan yang inovatif untuk pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Andrine berkata, Pusat Khidmat Peralatan Hilti itu diwujudkan bagi dua tujuan iaitu perkhidmatan pengekalan dan baik pulih alat-alat keluaran Hilti.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Peralatan Global Hilti, Alex Sprenger berkata, beliau berharap dengan adanya kemudahan ini, ia dapat menyediakan khidmat profesioal kepada pelanggannya.

Pusat Khidmat Peralatan Hilti terletak di Seksyen 16, Shah Alam dengan keluasan 820 meter persegi. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment