Kampus baharu ISKL mampu menampung 2,500 pelajar

KAMALANATHAN (lima, kiri) bersama Norma Hudson (empat, kiri) dan Saif Amir (enam, kiri) mencedok tanah sebagai simbolik majlis pecah tanah bangunan baharu ISKL di Ampang Hilir, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Kampus baharu International School of Kuala Lumpur (ISKL) di Ampang Hilir dekat sini yang dilengkapi dengan pebagai kemudahan dijangka akan beroperasi sepenuhnya mulai tahun 2018.

Pengetua ISKL, Dr Norma Hudson berkata, apabila siap kelak kampus di kawasan seluas 25.7 ekar itu mampu menampung sehingga 2,500 pelajar selain akan menggunakan 230 tenaga pengajar sepenuh masa yang diambil dari seluruh dunia.

“Dengan adanya bangunan baharu kelak ISKL dapat menawarkan program pendidikan yang komprehensif untuk pelajar bagi di peringkat rendah, menengah atau peringkat menengah atas.

“Selain itu diharap ISKL akan terus cemerlang dalam menyediakan program akademik yang membolehkan para pelajar dapat memenuhi kehendak universiti di seluruh dunia,” katanya pada majlis pecah tanah bangunan baharu ISKL itu di Ampang Hilir baru-baru ini.
DR NORMA HUDSON
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk P. Kamalanathan. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah ISKL, Saif Malik.

Norma berkata, ISKL yang telah ditubuhkan sejak 1965 mempunyai bentuk bangunan yang mesra alam sekitar sesuai dengan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan diiktiraf sebagai Eco World School dan sekolah pertama di Asia Tenggara yang diberikan anugerah The Green Flag.

Sementara itu Saif berkata, kampus baharu ISKL itu nanti akan mementingkan gabungan kemudahan akademi, persembahan dan atlet menjadikannya sekolah antarabangsa yang unik dari segi persekitarannya.


“ISKL bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan kawasan pembangunan kampus baharu ini,” katanya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment