Persenda Islam: Pasangan Alvin dipenjara 6 bulan

VIVIAN LEE ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Vivian Lee selepas didapati bersalah atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook yang mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan, tiga tahun lalu.

Hakim Abdul Rashid Daud memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan itu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.
Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa bersama-sama bekas teman lelakinya menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook “Alvin dan Vivian-Alvivi” iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh... wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

POSTING pasangan Alvin Tan dan Vivian menerusi akaun Facebook mereka yang telah mencetuskan kemarahah umat Islam tiga tahun lalu. Pasangan ini sudah berpisah dan Alvin telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.
Kesalahan tersebut dilakukan pada pukul 9 pagi, 13 Julai 2013 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang perbicaraan, Alvin tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS). - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment