Seluruh badan saya menggigil ketakutan - Ayda Jebat


KUALA LUMPUR - Pelakon popular dan penyanyi popular, Ayda Jebat trauma apabila beg tangannya diragut dua lelaki ketika dia sedang minum di sebuah warung di sini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

"Setakat ini, kerugian tidak dapat dipastikan. Cuma saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya tidak boleh buat apa-apa. Seluruh badan saya menggigil ketakutan.  Saya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Rindu Awak 200%, seperti dipetik daripada Utusan Online hari ini.

Ayda yang sedang popular menerusi single keduanya Pencuri Hati menerusi akaun Instagramnya pula berkata, kejadian itu sedikit tidak mematahkan semangatnya untuk terus bekerja,.

Anak jati Melaka itu bakal menemui para peminatnya sempena karnival Mood Republik yang akan berlangsung esok dan lusa di MITC Melaka.

Nampaknya lagu Pencuri Hati benar-benar membuat penjenayah tertarik untuk mencuri daripada bintang Akademi Fantasia musim kesembilan ini.

Tapi bukan hati Ayda yang dicuri, tetapi beg tangan miliknya. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment