Stacy pernah demam kerana berpuasa


KUALA LUMPUR - Penyanyi Stacy mengaku pernah cuba-cuba berpuasa di bulan Ramadan sebelum beliau memeluk Islam.

Pemilik nama Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata, dia pernah sampai demam kerana berpuasa dan menganggap itu pengalaman berguna baginya menghadapi sebulan bulan Ramadan kali ini.

Kali pertama berpuasa di bulan Ramadan sebagai saudara baharu, beliau akan berusaha untuk memenuhi tuntutan tersebut dan melengkapkan sebulan berpuasa.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berpuasa sebulan penuh. Sebab dari segi mental memang saya sudah bersedia," katanya seperti dipetik dari Utusan Online hari ini.

Stacy yang juga isteri kepada Akim Ahmad berkata, kehadiran suaminya di sini sudah pasti dapat membantunya berpuasa di bulan Ramadan tahun ini.

"Saya percaya Akim dapat membimbing saya menjadi muslimah sempurna," katanya.

Mengenai persiapan berbuka dan bersahur, Stacy berkata, beliau akan cuba menyediakan juadah untuk Akim sekiranya ada kelapangan.

"Bagaimanapun selalunya ibu mentua saya akan mengajak kami makan di rumahnya. Maklum, rumah kami dengan rumah mentua dekat," katanya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment