39 dicekup terlibat program motivasi bogel


Para peserta dalam keadaan berbogel ketika mengikuti satu program motivasi di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang, semalam. - Foto media sosial
KUANTAN - Polis menahan 39 peserta satu program motivasi kerana disyaki berkelakuan lucah di tempat awam di sebuah resort di Bentong tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt. Mohamad Mansor Mohd Nor berkata polis menahan kumpulan lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun itu dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam setelah mendapat aduan daripada orang awam.

"Polis mendapat maklumat daripada orang awam menerusi panggilan telefon pada pukul 6.12 petang semalam yang memberitahu ada sekumpulan lelaki berbogel menjalankan aktiviti di padang permainan di kawasan resort tersebut.

"Seterusnya polis menjalankan siasatan dan mendapati kejadian itu telah berlaku dan kumpulan lelaki yang dilihat berbogel merupakan peserta kem motivasi di resort terbabit," katanya seperti dipetik daripada laporan Bernama hari ini.

Mohamad Mansor berkata menurut ketua penyelia aktiviti motivasi itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila peserta terbabit menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dalam satu permainan dinamakan All Out pada pukul 5.30 petang semalam.

"Dalam permainan itu, peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada badan peserta.

"Semasa permainan ada peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan tersebut dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga peserta mula menanggalkan semua pakaian serta berbogel," katanya.

Beliau berkata sembilan fasilitator termasuk dua wanita bagi program
motivasi yang dirancang selama tiga hari bermula Jumaat lepas turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment