Belle jadi mangsa penipuan identiti


MENJADI figura umum memang tidak terlepas daripada pelbagai dugaan, lebih-lebih lagi memiliki wajah menawan dan pengikut yang ramai di media sosial.

Itulah yang dihadapi oleh Nabilah Aliah Hazman, 24, atau lebih mesra disapa Belle yang terpaksa membuat laporan polis kerana ada individu yang menggunakan gambarnya untuk tujuan tidak baik.

"Ada satu kes seorang lelaki mendakwa dia teman lelaki saya dan meminta wang untuk diberikan kepada individu lain. Lelaki itu menggunakan gambar saya di akaun Facebooknya.


"Saya tidak ada akaun Facebook mahupun WeChat. Ramai yang jadi mangsa melalui akaun tersebut. Saya membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan saya dalam kes tersebut," kata anak jati Segamat, Johor seperti dipetik dari S2.

Belle yang kini menetap di ibu negara telah banyak membintangi iklan televisyen dan video muzik termasuk iklan Cadbury, Baskin Robbins, Munchies serta video muzik Sufian Suhaimi.

Walaupun sudah bergelar model dan pelakon iklan, namun gadis yang gemar menari dan bersenam ini belum bersedia untuk menjadi artis rakaman.

Sebaliknya dia lebih cenderung untuk menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk-produk pakaian dan kecantikan jenama sendiri - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment