Dr. Vida kecewa tidak diundang ke AJL31


KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida rasa kecewa dan terkilan apabila beliau tidak dibenarkan untuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Beliau mendakwa pihak berkenaan memberikan alasan bahawa tiket untuk ke program tersebut telah habis.

Hasmiza menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak profesional apatah lagi beliau adalah bekas penaja utama anugerah itu pada tahun 2014 dan 2015.

"Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama.

"Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan," katanya seperti dilapor Utusan Online.

MetroPost Malaysia difahamkan AJL31 mendapat penajaan CJ Wow Shop dan Samsung. - MPM





Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment