Hanez Suraya tuntut cerai daripada suami?

Perkahwinan Hanez Suraya dan Romie pada Mac 2015.
KUALA LUMPUR - Usia perkahwinan kontroversi Hanez Suraya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd. Rais dikatakan menuju titik noktah apabila pelakon itu dikatakan menfailkan tuntutan fasakh ke atas suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Pasangan itu diijabkabulkan pada Mac 2015 selepas pelakon itu berhadapan kontroversi kerana didakwa sebagai perampas suami orang berikutan hubungannya dengan Romie sehingga menyebabkan rumah tangga lelaki itu runtuh.

Kes perceraian Hanez Suraya yang terkenal menerusi lakonannya dalam drama Love You Mr. Arogant dikatakan telah disenaraikan dalam kes Mal (kes-kes berkaitan kekeluargaan Islam) di mahkamah tersebut.

Laporan krisis rumah tangga pasangan itu disifatkan sebagai berita menggemparkan dalam kalangan industri hiburan tanah air memandangkan sebelum ini, kebahagiaan mereka jelas terserlah berdasarkan foto-foto yang dimuatkan dalam akaun laman sosial Hanez Suraya.

Hanez Suraya atau nama sebenarnya, Hanez Suaraya Abdul Aziz, 32, bagaimanapun difahamkan tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguamnya.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Puteri Aleesya yang berusia 13 bulan.

Seminggu lalu pasangan suami isteri tersebut mengadakan majlis kesyukuran bersama anak-anak yatim di Banting, Selangor.
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment