Kegiatan jual pil gugur janin di media sosial

Perniagaan pil gugur janin yang semakin berleluasa.

KUALA LUMPUR - Heboh diperkatakan sekarang ini terdapat segelintir masyarakat yang mengaut keuntungan dengan menjalankan perniagaan menjual pil penggugur janin di media-media sosial.

Mereka menggunakan media sosial seperti Wechat dan WhatsApp untuk menawarkan pil tersebut kepada gadis-gadis dan wanita yang terlanjur dan terdesak untuk menggugurkan kandungan mereka.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama panggilan Jat Jaa memuat naik status dengan lima gambar yang menunjukkan perbualan disyaki antara beberapa pembeli dengan seorang penjual.

Malah, gambar-gambar berkenaan juga disyaki menunjukkan 'hasil' selepas menggunakan pil-pil menggugurkan janin berkenaan tanpa ada sesalan di pihak pembeli.

Jual beli pil haram ini dilakukan menerusi media sosial.
Jat Jaa mempertikaikan kenapa isu tidak bermoral ini tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa dan diambil tindakan segera bagi membendung penularan penjualan pil penguguran janin berkenaan daripada mereka yang boleh menyebabkan kerosakan akhlak anak-anak muda zaman sekarang.

Pil ditawar kepada mereka yang terdesak untuk menggugurkan kandungan.
Sementara itu semua komen pada status berkenaan mengecam tindakan tersebut dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi membendung kejadian lebih banyak mereka yang tidak bertanggung jawab menggugurkan bayi secara terpaksa. - MPM


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment