Mohd Faiz 'panik' teks ucapannya hilang

Mohd Faiz Subri menerima trofi Puskas FIFA daripada bekas pemain Brazil, Ronaldo.
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri panik seketika selepas diminta berucap di pentas berpestij itu gara-gara teks ucapan yang disediakan 'hilang'.

Pemain Pulau Pinang itu dilihat mengambil sedikit masa untuk mencari semula catatannya di dalam telefon bimbitnya sehingga diusik oleh pengacara majlis.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana teks tersebut ada tersimpan di dalam telefon bimbitnya.

"Saya begitu gementar, mujur saya jumpa ini (salinan teks ucapan) dalam telefon bimbit... Terima kasih semua. Malaysia Boleh dan Haria Penang Haria," kata Mohd Faiz menerusi twitternya.
Teks ucapan Mohd Faiz yang tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Dalam pada itu, Mohd Faiz menganggap kemenangannya itu seperti mimpi menjadi kenyataan selain berasa sangat bertuah dapat bersama dengan pemain terkemuka dunia di Zurich.

Biarpun belum berpeluang menyarung jersi kebangsaan, beliau tetap berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Syukur saya menang, terima kasih kepada pengundi di Malaysia dan seluruh dunia yang memilih saya. Tidak lupa juga keluarga, jurulatih dan pasukan Pulau Pinang.

 "Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini mungkin mustahil kerana saingan calon lain yang ternyata hebat," kata Mohd Faiz seperti dipetik daripada Bernama.com.

Beliau turut melihat hakikat menjadi pemain Asia pertama menggondol Anugerah Puskas sebagai pencapaian terbaik dalam karier bola sepaknya.

Mohd Faiz mencipta sejarah sebagai pemain lelaki Asia pertama menerima anugerah Puskas FIFA.
Beliau menegaskan jaringan gol yang dilakukannya itu bukan sekadar nasib tetapi hasil latihan yang dilakukan hampir setiap hari.

 Mohd Faiz seterusnya berkata kejayaan itu merupakan pembakar semangat sempena  tahun baharu untuk terus memperbaiki prestasi dan mencapai kecemerlangan pada masa depan. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment