MyraEra pertaruh Lagu Cinta Kita, mahu tembusi negara jiran


KUALA LUMPUR - Penyanyi baru, MyraEra bukan sahaja berharap kehadiran dia di persada seni tanah air diterima ramai, bahkan memasang impian agar lagunya dapat menembusi pasaran negara jiran iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pemilik nama sebenar Nurul Amiera Mohd. Zaki, 23, yang baru melancarkan single pertamanya Lagu Cinta Kita pada 7 Januari lalu itu percaya hasil usaha gigih beliau dan berkat sokongan media massa dan media sosial impiannya itu boleh dicapai.

"Buat masa sekarang saya mahu menumpukan  usaha mempromosikan single saya, Lagu Cinta Kita di samping terus memperkemaskan lagi teknik nyanyian.

MyraEra 

"Saya harap lagu ini dapat diterima oleh semua pendengar muzik di Malaysia. Insya-Allah kalau ada rezeki berkat sokongan media, dapat juga ke pasaran luar seperti Singapura, Indonesia dan Brunei," katanya penyanyi yang berasal dari Kuantan, Pahang dan kini menetap di Kemaman, Terengganu kepada MetroPost Malaysia, baru-baru ini.

Pemilik suara persis penyanyi era 80-an dan 90-an Indonesia, Emilia Contessa dan Vina Panduwinata itu berterima kasih kepada komposernya, Qiey yang telah membawanya sehingga ke studio rakaman.

Katanya, Qiey yang sebelum ini telah 15 tahun yang telah terlibat dalam industri ini menubuhkan sebuah band dan kemudian mengajaknya menjadi penyanyi kumpulan buskers itu yang bertapak di Kijal, Kemaman.

"Saya sudah berjinak-jinak dengan seni suara ini sejak di bangku sekolah menengah lagi dengan  menyertai pertandingan karaoke di sekitar Kuantan. Selepas berpindah ke Kijal pada 2014, saya menganggotai beberapa kumpulan buskers sehinggalah bertemu Qiey.

"Qiey juga banyak mengajar saya tentang teknik nyayian dan menjaga vokal ," kata peminat Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Hafiz Suip selain Celine Dion serta Beyonce itu.



Mengenai Lagu Cinta Kita, penggemar lagu-lagu berentak pop, balada selain inang dan lagu-lagu Asli itu berkata, lagu tersebut adalah ciptaan gitaris Qiey Band iaitu Afie Anafiey atau nama penanya Kidal Kijal manakala liriknya pula ditulis oleh beliau sendiri.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima adalah baik dan ramai kalangan rakan-rakan yang sukakannya selain komen-komen positif yang banyak diterima di media sosial," katanya.

Orang ramai boleh mengenali MyraEra menerusi Instagramnya @eramyra. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment