Perogol bersiri Toronto dihantar pulang ke Malaysia?


KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Kanada bercadang untuk menghantar pulang perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah ke negara ini selepas dia dibebaskan daripada penjara akhir bulan ini.

Subbiah, 56, yang dihukum penjara 24 tahun di negara itu pada 1992 atas 19 pertuduhan melakukan serangan seksual, 28 kes dadah dan 10 kesalahan jenayah lain termasuk peras ugut.

Akhbar The Star Toronto melaporkan, bagaimanapun pihak berkuasa Kanada tidak mengeluarkan sebarang amaran kepada pihak polis mahupun orang awam berhubung pembebasan penjenayah tersebut.

Sebelum ini beberapa pihak telah mendesak pihak berkuasa agar menghantar pulang Subbiah ke negara asalnya berikutan bimbang dia akan mengulangi perbuatan tersebut.

Malahan Scradar.com berkata, para pegawai penjara tempat dia menjalani hukuman turut mengeluarkan amaran bahawa berkemungkinan besar Subbiah mengulangi perbuatan jenayahnya selepas dia dibebaskan.

Sementara itu David Humphrey, hakim mahkamah Ontario yang menjatuhi hukuman terhadap Subbiah mengarahkan pihak polis mengiringi lelaki itu pulang ke Malaysia dan menyerahkan fail jenayah yang dilakukan.

CBSA dalam kenyataan berkata, Subbiah akan ditahan sementara apabila dibebaskan pada 29 Januari ini sehingga dia dibenarkan dihantar pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun Jabatan Khidmat Sempadan Kanada tidak menyatakan sama ada Subbiah akan diiring oleh pengawal dari negara ini seperti mana diarahkan oleh Humprey. - AGENSI
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment