Spekulasi Lindsay Lohan peluk Islam makin kuat


SPEKULASI bintang Hollywood, Lindsay Lohan memeluk Islam semakin kuat apabila dia menulis "Alaikum Salam" dan memadamkan kesemua gambarnya di dalam akaun Instagram miliknya.

Penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan Islam apabila dia dilihat membawa al-Quran tidak lama dahulu serta menghabiskan masa hujung tahun lalu dengan melawat pelarian Syria di Turki.

Tindakan aktres yang mengenali dunia lakonan sejak berusia 10 tahun menerusi opera sabun Another World sebelum berlakon dalam beberapa buah filem itu dikatakan untuk "membersihkan" semua gambar-gambar lama bagi memulakan "kehidupan baharu".

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan resmi mengenai tindakannya itu.
Akaun Instagram Lindsay Lohan yang kini kosong dan hanya tercatat "Alaikum Salam".

Dua tahun lalu, Lohan yang berasal dari New York tetapi kini menetap di London pernah membuat kenyataan bahawa dia cenderung untuk memeluk Islam dan seronok mempelajari agama itu.  - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment