Atase Imigresen Indonesia di KL ditahan terlibat rasuah

DWI WIDODO
JAKARTA - Atase Imigresen Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Dwi Widodo ditahan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) republik itu untuk membantu siasatan dalam satu kes salah guna kuasa.

Ketua Biro Perhubungan Awam KPK, Febri Diansyah berkata hari ini, Dwi ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam, dan akan dihantar pulang ke jakarta secepat mungkin untuk menghadapi tuduhan itu.

Media atas talian menyebut Febri sebagai berkata KPK akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat pengawasan terhadap kegiatan Dwi itu sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, Dwi dipercayai menerima sogokan daripada ejen dan syarikat tertentu untuk mengeluarkan pasport dan visa bagi rakyat Indonesia di Malaysia.

Katanya, siasatan awal mendapati Dwi menerima sogokan hampir Rp 1 bilion (kira-kira RM300,000) sejak tahun lalu. Ini adalah kes rasuah kedua berhubung pengeluaran pasport di kedutaan itu.

Dalam kes pertama, KPK menahan dua individu, Duta Indonesia di Kuala Lumpur, Hadi A.Wayarabi Al Hadar dan ketua Bahagian Imigresen di kedutaan itu, Suparba W Amiarsa.

Febri turut berkata, pihaknya sudah melakukan serbuan ke kediaman Dwi di Depok dan merampas beberapa dokumen. - BERNAMA
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment