Dua maut, kereta terputus dua nahas di Bukit Putus

Keadaan kereta yang terputus dua selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus hari ini. - Foto Bomba

SEREMBAN  - Dua lelaki maut manakala empat orang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus di sini pagi tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 8.10 pagi itu dipercayai berlaku selepas sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Seremban bertembung dengan Perodua Kelisa dari arah bertentangan.

Perlanggaran itu turut mengakibatkan kereta Perodua Kelisa terputus dua.
Antara mereka yang cedera parah dalam nahas terbabit. - Foto Bomba
Jurucakap bomba berkata, dua mangsa yang terkorban berumur dalam lingkungan 30-an manakala mereka yang parah termasuk tiga wanita.

“Mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,” katanya di sini hari ini.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment