Kerabat diraja mana berkawan rapat dengan Neelofa?


KUALA LUMPUR -  Pelakon dan pengacara popular, Neelofa mengaku berkawan dengan seorang kerabat diraja namun menjelaskan dia tidak berniat untuk memanjangkan berita itu yang sedang tersebar dalam kalangan rakan artis dan wartawan.

Artis bertaraf jutawan itu berkata, hal ini kerana dia bimbang perkara itu mencetuskan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

Neelofa, 28, menjelaskan, hubungan yang sedang terjalin antara dia dan kerabat diraja berkenaan juga bukan diatur oleh keluarga seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya masih solo dan dia (kerabat diraja) pun sama. Saya tidak nafikan kami berkawan cuma status saya sebagai selebriti dan dia sebagai kerabat tidak boleh lari daripada andaian orang.

"Anda semua sudah cukup bijak untuk menilai sama ada saya layak atau tidak untuk bercakap tentang hal ini. Saya pilih untuk tidak mengulas," katanya seperti dipetik dari Utusan Online hari ini.

Tambah Neelofa, dia juga pasti kerabat berkenaan tahu tentang desas-desus tersebut.

Mengulas lanjut, Neelofa juga merayu untuk orang ramai memahami situasi yang dihadapinya dan memberi ruang kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

"Bila saya baca komen netizen, hati saya hancur. Saya tidak layak untuk ditekan sebegini. Tolong beri saya ruang,” katanya.

Neelofa juga enggan mengulas lanjut tentang status hubungannya dengan pelakon, Fattah Amin.

"Sebelum ini, saya pernah beritahu memang kami pernah bersama semasa penggambaran Suri Hati Mr. Pilot. Tetapi apa yang terjadi antara saya dan Fattah, hanya kami berdua sahaja yang tahu," katanya.
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment