Rotavirus: Air panas Ulu Legong diarah ditutup sementara

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong diarah ditutup sementara ekoran jangkiran Rotavirus.
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan pusat rekreasi air panas Ulu Legong di Baling, Kedah ditutup sementara kepada orang ramai berikutan jangkitan Rotavirus yang dikesan bersumber daripada kawasan terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 6 Februari lalu sebanyak 49 orang disahkan dijangkitan penyakit tersebut yang berpunca dari kawasan rekreasi terbabit.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 39 kes adalah dari Kedah, enam orang dari Pulau Pinang manakala empat lagi mangsa adalah dari Perlis.
Kanak-kanak yang pernah mengunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah diminta dibawa berjumpa doktor. - Gambar hiasan
"Daripada jumlah ini, sebanyak enam pesakit disahkan positif Rotavirus. Kesemua pesakit dilaporkan dalam keadaan stabil dan tiada kematian. Sehingga hari ini, sebanyak 31 pesakit masih dirawat di hospital kerajaan dan swasta

"Berikutan itu, lokasi kejadian ditutup sementara waktu bagi siasatan serta kerja-kerja pembersihan dan pengambilan sampel air kesemua lapan kolam terbabit untuk ujian Rotavirus," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan gastrousus.

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah cirit dan muntah teruk yang boleh menyebabkan dehidrasi (kurang air dalam badan) dan jika tidak dirawat segera, ia boleh mengakibatkan kematian.

Noor Hisham berkata, ibu bapa disarankan membawa anak-anak yang mengalami cirit birit dan pernah mandi-manda di pusat rekreasi tersebut antara 25 Januari sehingga 3 Februari lalu untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment