Paul Pogba sambut Ramadan di depan Kaabah

Paul Pogba berkongsi gambarnya di depan Kaabah di akaun Instagram miliknya.
KUALA LUMPUR - Bintang sensasi Manchester United, Paul Pogba yang membantu pasukannya menjulang Liga Europa baru-baru ini dilapor menghabiskan cuti musim dengan mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Pogba, 24, yang turut menjaringkan satu gol ketika Manchester United menewaskan Ajax di Stockholm, Sweden itu sekali gus membawa pasukannya ke Liga Juara-juara berkongsi pengalaman di Mekah menerusi akaun  Twitter dan Instagramnya.

Pemain termahal di dunia yang juga bintang Perancis itu turut berkongsi kemeriahan ketika mengerjakan umrah bersama umat Islam yang lain.

Dia dilihat memakai ihram, membotakkan kepala dan menyimpan sedikit janggut.

Selain Pogba, seorang lagi pemain Manchester United musim ini yang beragama Islam ialah Marouane Fellaini dari Belgium. - MPM

Pogba bersama trofi Liga Europa yang dimenangi bersama Manchester United baru-baru ini.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment