Penjaga zoo wanita maut dibaham harimau

Harimau Malaya yang terdapat di Taman Zoo Hamerton. 
LONDON - Seorang penjaga zoo wanita maut dipercayai dibaham seekor harimau yang memasuki  kandang tempat dia bekerja di tenggara England, yang menurut pengurusan zoo sebagai "kemalangan pelik".

Polis Cambridgeshire dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tiba di lokasi "insiden serius" di Taman Zoo Hamerton pada pukul 11.15 pagi waktu tempatan (6.15 petang waktu Malaysia) semalam.

"Harimau itu memasuki kandang bersama seorang penjaga. Malangnya didapati seorang penjaga zoo telah meninggal dunia di tempat tersebut.

"Binatang itu tidak pula melarikan diri dari kandang tersebut. Kejadian itu dipercayai tidak melibatkan suspek lain," kata Cambridgeshire Constabulary melalui Facebook, tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Sementara itu Taman Zoo Hamerton dalam Facebooknya berkata, insiden itu merupakan satu kemalangan yang pelik dan pihaknya sedang menjalankan siasatan penuh dan akan mengumumkan keputusannya secepat mungkin.

Katanya, tiada binatang yang melarikan diri daripada kandang dan keselamatan orang awam adalah terjamin.

Menurut laman web zoo tersebut, taman seluas 25 ekar itu menempatkan harimau Malaysia dan Benggala.

Zoo tersebut ditutup sementara hari ini.
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment