Perginya bintang kontroversi Indonesia


KUALA LUMPUR - Dunia hiburan Indonesia berduka apabila bintang kontroversi, Julia Perez menghembus nafas terakhirnya selepas tiga tahun bertarung dengan penyakit kanser serviks yang ditanggungnya.

Julia Perez atau juga dikenali sebagai Jupe, 37, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Jakarta pagi semalam ketika umat Islam berpuasa pada hari ke-15 Ramadan.

Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati terkenal sebagai pelakon, penyanyi dangdut, model, penyampai dan usahawan.

Akibat sering berpenampilan seksi dan aksi-aksi menggiurkan ketika beraksi di pentas, Jupe telah diberikan julukan "simbol seks" Indonesia ketika zaman kegemilangannya.

Bagaimanapun, sejak dia disahkan menghidap kanser tahap dua pada 2014, Jupe secara perlahan-lahan mengubah diri dan penampilan kepada lebih sopan dan Islamik termasuk mengenakan hijab.

Keadaan Julia Perez ketika di rawat di sebuah hospital swasta di Jakarta beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.
Jupe mula tampil di layar perak menerusi filem Beranak Dalam Kubur pada tahun 2007 dan kemudian sering tampil dalam filem-filem genre seram.

Dia pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festivel Filem Diraja Bali serta Pelakon Terbaik dalam Festivel Filem Bandung pada 2013 menerusi filem Gending Sriwijaya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment