Bot dinaiki pemimpin Amanah terbalik

Mujahid Yusof Rawa (depan, kiri) dan Asmuni Awi (belakang, kiri) sebelum bot yang mereka naiki untuk menyampaikan bantuan banjir terbalik di Lahar Looi, Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR - Bot yang membawa beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) terbalik semasa mahu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung di Lahar Yooi di Pulau Pinang.

Bot yang dinaiki Naib Presiden Amanah, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Bendahari Agungnya, Asmuni Awi terbalik ketika menghampiri sebuah rumah untuk memberikan bantuan pada tengah hari Isnin.

Kedua-dua mereka bersama tiga lagi sukarelawan berpaut pada bot berikutan memakai jaket keselamatan.

Bagaimanapun, kira-kira 20 kotak bantuan yang mengandungi makanan dan barangan keperluan lain ditenggelami air.

“Alhamdulillah kami pakai jaket keselamatan. Kami berpaut pada bot dan mujurnya rumah yang kami nak bagi bantuan itu ada sampan dan dia selamatkan kami.

“Dompet, telefon dan barang-barang lain semua tenggelam tak tahu ke mana. Ada lagi 20 kotak kami tak sempat beri bantuan dan semuanya tenggelam,” katanya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment