Jawatankuasa Tataterbit FAM teliti tindakan Safiq


KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, pihaknya mahu meneliti terlebih dahulu laporan penuh pengadil perlawanan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap Safiq Rahim yang mengeluarkan kata-kata kesat selepas tamat final Piala Malaysia, kelmarin.

Kata-kata kesat yang dikeluarkan kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terhadap pengkritik telah dirakamkan dan menjadi tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Buat masa sekarang, kami tidak boleh buat apa-apa kerana perlu tunggu laporan pegawai perlawanan. Sebaik sahaja kami menerima laporan kami akan menentukan apa tindakan yang patut diambil,” katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Dalam video yang berdurasi hampir seminit itu, Safiq dilihat seperti melepaskan geram kepada pengkritik bola sepak yang dianggap membenci JDT apabila secara tiba-tiba menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat:...all the haters *****!Gua champion sekarang...*****. Lepas ini kau tengoklah!”.

Ketika ditanya sama ada Safiq bakal dikenakan hukuman gantung satu perlawanan dan denda RM500 seperti pemain Pahang, Syamim Yahya, Baljit menjelaskan sukar untuk beliau membuat ramalan berdasarkan kes terdahulu.

“Susah nak cakap sebab saya tidak terima laporan lagi kerana kami perlu melihat daripada semua sudut sebelum mengambil tindakan. Saya tidak boleh menjadikan kes sebelum ini sebagai rujukan,” katanya.

Syamim melakukan kesalahan menunjuk isyarat lucah iaitu jari tengah ketika Pahang menentang Melaka United dalam aksi Liga Super pada 25 Februari lalu. Tindakan itu dilakukan ketika perlawanan disiarkan secara langsung dan ditonton secara umum. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment