Shila Amzah bertunang dengan 'crush'

Shila Amzah bersama tunangnya, Haris Elias

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang mencipta nama di negara China, Shila Amzah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Haris Elias di sini hujung minggu lalu.

Pemilik nama sebenar Nor Shahila Amir Amzah, 27, berkata, dia dan Haris sudah saling tertarik antara satu sama lain sejak tujuh tahun lalu tetapi masing-masing malu untuk meluahkan perasaan.

Bagaimanapun menurut anak penyanyi N.D Lala ini, tunangnya itu yang terlebih dahulu menghubunginya sehinggalah bibit-bibit cinta berputik dan akhirnya mengikat tali pertunangan.

"Had a crush on him since 7 years ago, but we both were too shy to talk to each other. And now he's my fiance (Sudah tertarik dengannya sejak tujuh tahun lalu, tapi kedua-dua kami terlalu malu untuk bertegur-sapa. Dan kini dia sudah menjadi tunang saya)," kata Shila seperti dipetik daripada twitternya.

Bagaimanapun pertunangan Shila-Haris tidak mendapat liputan meluas daripada media tempatan dipercayai ada kaitan dengan tindakan wartawan hiburan yang memboikot penyanyi itu sejak sekian lama susulan kontroversi yang berlaku sebelum ini.

Sebaliknya para netizen mengecam penyanyi lagu 'Patah Seribu' yang dikatakan tidak tahu adab ketika bersalam dengan bakal mentuanya ketika majlis menyarungkan cincin pertunangan.

Menjawab kecaman tersebut, Shila berkata: "Cakap yang baik baik, Apa yang kita ucapkan adalah cerminan peribadi kita. Nobody's perfect. Let's just spread the love and positivity (Tiada siapa yang sempurna. Lebih baik sebarkan perasaan sayang dan positif)," katanya. - MPM


Shila Amzah mencium tangan bakal ibu mentuanya selepas cincin pertunangan disarungkan di jarinya.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment