10 cedera letupan di pasar St. Petersburgh - MetroPost Malaysia
10 cedera letupan di pasar St. Petersburgh

10 cedera letupan di pasar St. Petersburgh

Share This

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam satu letupan di pasar raya di St. Petersburgh, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi waktu tempatan (11.45 malam waktu Malaysia), apabila satu bahan letupan diletakkan di satu almari di pasar raya itu yang terletak di utara bandar raya ini, menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada premis tersebut.

"10 orang dikejarkan ke hospital. Mereka yang cedera dilaporkan selamat," kata ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, bahagian St Petersburgh, Alexander Klaus.

Berpuluh-puluh yang lain dipindahkan dari bangunan selepas letupan manakala laluan trafik sekitar lokasi kejadian ditutup sementara, lapor media tempatan.  - Xinhua

No comments:

Post a Comment