Imam Kemboja didakwa cabul budak 8 tahun - MetroPost Malaysia
Imam Kemboja didakwa cabul budak 8 tahun

Imam Kemboja didakwa cabul budak 8 tahun

Share This
KOTA BHARU: Seorang imam warga Kemboja mengaku bersalah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun pada 11 Disember lalu.

Nory Kai dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.

Nory Kai, 28, membuat pengakuan bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Dia didakwa dengan sengaja menyentuh kemaluan dan mencium pipi kanan, kiri serta mulut mangsa berusia lapan tahun tersebut di sebuah musalla di Wakaf Stan, pada jam 7 malam pada 11 Disember 2017.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Fellina Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes selain melantik seorang  juru bahasa berbahasa Myanmar. - MPM

No comments:

Post a Comment