Kane pecah rekod Messi penjaring terbanyak setahun - MetroPost Malaysia
Kane pecah rekod Messi penjaring terbanyak setahun

Kane pecah rekod Messi penjaring terbanyak setahun

Share This
Harry Kane
Kane pecah rekod Liga Perdana Inggeris, Eropah

LONDON: Harry Kane menutup tirai tahun 2017 dengan jumlah jaringan dan hatrik terbanyak Liga Perdana Inggeris dalam tempoh setahun, serta mengatasi Lionel Messi selepas Tottenham Hotspur membelasah Southampton 5-2 hari ini.

Penyerang England itu meneruskan ketajamannya selepas hatrik ke atas Burnley Sabtu lalu dengan menanduk masuk sepakan percuma Christian Eriksen pada minit ke-22 untuk gol liga ke-37 dirinya sepanjang tahun ini, mengatasi rekod 22 tahun Alan Shearer untuk gol terbanyak liga tertinggi Inggeris itu dalam kalendar setahun.

Kane kemudian mengatasi Messi sebagai penjaring terbanyak Eropah untuk kelab dan negara dengan menolak masuk hantaran leret Son Heung-min pada minit ke-39. Di babak kedua Kane meledak gol kelima pasukannya untuk menjadi pemain pertama mencatat enam hatrik Liga Perdana Inggeris dalam tempoh setahun.

Rembatan Dele Alli dan Son turut menemui sasaran untuk meletakkan Tottenham dalam kedudukan selesa di babak kedua, manakala Sofiane Boufal merapatkan jurang kepada 4-1 sebelum gol kelima Kane pada minit ke-67.

Pemain gantian Dusan Tadic turut meledak gol sagu hati untuk pelawat, yang kini di tangga ke-13 dengan 19 mata dan hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.

Spurs kembali melonjak ke tangga keempat pada 37 mata, walaupun Liverpool berpeluang memintas kembali sekiranya menewaskan Swansea City awal pagi nanti.

Setelah tamat perlawanan, Kane melengkapkan 39 jaringan dalam Liga Premier dan 56 kali jaringan hatrik untuk kelab dan negaranya.

Inilah kali pertama dalam tempoh lapan tahun Messi mahupun Ronaldo gagal menamatkan tempoh setahun sebagai penjaring terbanak untuk kelab dan negara. - REUTERS



No comments:

Post a Comment