Lelaki ditemui rentung di ruang tamu - MetroPost Malaysia
Lelaki ditemui rentung di ruang tamu

Lelaki ditemui rentung di ruang tamu

Share This

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut dipercayai gagal menyelamatkan diri apabila rumahnya musnah dijilat api di Kampung Barayon Tarodong, Jalan Buis, Kiabau di Telupid pada malam tadi.

Kosmo! Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu, mangsa, Juny Ambilai, 44, disahkan meninggal dunia selepas ditemui rentung di ruang tamu kediaman terbabit.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memberitahu, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan BBP Beluran dekat sini segera dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.10 malam.

"Sebaik tiba di sana pihak kami mendapati api sedang marak dan memusnahkan keseluruhan struktur rumah jenis tidak kekal itu.

"Selepas kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 12.50 pagi, pihak bomba bertugas menemui seorang lelaki yang rentung di ruang tamu kediaman berkenaan," katanya hari ini.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca dan jumlah kerugian kebakaran masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment