Lukaku buktikan tidak hanya pencetak gol - MetroPost Malaysia
Lukaku buktikan tidak hanya pencetak gol

Lukaku buktikan tidak hanya pencetak gol

Share This

MANCHESTER United mencipta banyak peluang ketika berhadapan dengan Southampton dalam aksi Liga Premier musim ini, tetapi apabila melihat persembahan Romelu Lukaku sebagai pencipta peluang ketika menentang Leicester City, Jose Mourinho mungkin menemui cara untuk memastikan United terus bersaing merebut juara.

United beraksi cemerlang pada awal musim dengan memenangi empat daripada perlawanan pembukaan musim, menjaringkan 16 gol dengan menampil Lukaku sebagai penggempur baharu.

Bagaimanapun, selepas menjaringkan 10 gol daripada sembilan perlawanan dalam semua pertandingan, pemain Belgium itu mula kekeringan mendapatkan gol dan lebih malang anak-anak buah Mourinho ketinggalan 13 mata daripada pendahulu, Manchester City.

United akan menerima kunjungan Burnley di Old Trafford dalam persaingan liga Khamis ini ketika masih lagi meraikan perayaan Krismas -- peluang terbaik buat Lukaku untuk memainkan peranan baharu jika gagal menjaringkan gol.

"Lukaku boleh bertukar peranan," kata bekas pertahanan United, Gary Neville. "Peluang-peluang yang diciptanya boleh menjadi pemusnah permainan. Harap Mourinho dapat melihat perkara ini."

Lukaku mencipta dua peluang terbaik untuk Martial danJesse Lingard menjaringkan gol tetapi malangnya Leicester berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir permainan. - REUTERS

No comments:

Post a Comment