Mara Digital bakal dibuka di Paya Bunga Mall - MetroPost Malaysia
Mara Digital bakal dibuka di Paya Bunga Mall

Mara Digital bakal dibuka di Paya Bunga Mall

Share This
Paya Bunga Mall
KUALA TERENGGANU:  Mara Digital yang berkonsepkan penempatan usahawan rantaian teknologi maklumat dan telekomunikasi  (ICT) Bumiputera dalam  satu premis,  terus melebarkan peluang perniagaan melalui pembukaan Digital Mall di Paya Bunga (PB) Plaza di sini tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika mengesahkan perkara itu berkata, Digital Mall itu akan mula beroperasi serentak dengan pembukaan pusat membeli-belah itu yang dijangka pada  penghujung bulan depan atau awal Februari ini.

“Terengganu akan mempunyai Digital Mall di bawah kelolaan Mara di PB Plaza di tengah-tengah pusat bandar raya ini.

“Selewat-lewatnya akhir Januari atau awal Februari (tahun depan), kita akan buka (PB Plaza) dengan ‘anchor tenant’ The Store dan juga Digital Mall,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan Perasmian Pemasangan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) Negeri Terengganu 2017 di Kampung Kesom, Manir dekat sini.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Razif menambah, pembukaan PB Plaza itu turut menamatkan isu berkaitan plaza berkenaan yang sebelum ini menjadi tanda-tanya umum kerana mengambil masa terlalu lama untuk dibuka.

No comments:

Post a Comment