Nelayan 'sudah mati', dibakar kembali ke rumah - MetroPost Malaysia
Nelayan 'sudah mati', dibakar kembali ke rumah

Nelayan 'sudah mati', dibakar kembali ke rumah

Share This
Sakorn Sacheewa dikelilingi ahli keluarganya.
BANGKOK: Seorang lelaki mengejutkan keluarganya apabila pulang ke rumah sedangkan dia disangka sudah mati.

Lebih mengejutkan, keluarganya sendiri telah menjalankan upacara pembakaran 'mayatnya'.

Menurut laporan portal Mirror, Sakorn Sacheewa dikatakan meninggal dunia Mei lalu akibat masalah pencernaan, namun pada 17 Disember, dia telah kembali ke rumahnya di Ban Lao Fai, Thailand.

Abang tiri Sacheewa memberitahu media, dia menerima panggilan daripada pihak polis tentang kematian Sacheewa yang tinggal bersendirian di rumah sewa, dan mereka sekeluarga telah ke hospital untuk proses pengecaman mayat.

Biarpun terhadap keraguan pada rekod pergigian mayat tersebut yang berada dalam keadaan teruk kerana lama terbiar, keluarga itu tetap membawa ia pulang dan seterusnya melakukan upacara pembakaran mayat.

"Semua orang terkejut melihat saya. Kata mereka, saya hantu.

"Saya bekerja sebagai nelayan dan telah berada dalam bot penangkap ikan sejak Januari 2016, dan ini kali pertama saya pulang," kata Sacheewa.

Sacheewa mendakwa, kad pengenalannya yang ditinggalkan di rumah sebelum turun ke laut, telah dicuri.

Sehingga kini belum dapat dipastikan identiti mayat yang dibakar keluarga Sacheewa.

Portal berita Bangkok Post pula melaporkan, Sacheewa telahpun berurusan dengan pejabat daerah Non Khun untuk 'menghidupkan' semula identiti dirinya dalam rekod kerajaan.

No comments:

Post a Comment